HTM Seru PMX Dan Lain-Lain Penguasa Gerakkan Tentera Ke Palestin | HTMedia | إعلاميات حزب التحرير | موبايل

PUTRAJAYA 13 Okt – Sebagai respons kepada apa yang sedang terjadi di Palestin, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan satu perhimpunan aman mendesak Perdana Menteri Malaysia dan seluruh penguasa di negara-negara kaum Muslimin agar menggerakkan t... [موبايل]

موبايل, htm, seru, pmx, dan, lainlain, penguasa, gerakkan, tentera, ke, palestin

HTM Seru PMX Dan Lain-Lain Penguasa Gerakkan Tentera Ke Palestin

إعجابات: 0 (0%)
نشر بواسطة: OsAdmin
التاريخ: 10/19/2023 | المشاهدات: 0

PUTRAJAYA 13 Okt – Sebagai respons kepada apa yang sedang terjadi di Palestin, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan satu perhimpunan aman mendesak Perdana Menteri Malaysia dan seluruh penguasa di negara-negara kaum Muslimin agar menggerakkan tentera bagi menyelamatkan umat Islam di Palestin sekali gus membebaskan bumi Palestin yang sudah lebih 70 tahun dijajah oleh kaum Yahudi laknatullah.

HTM menyampaikan mesej yang sangat jelas dan tegas bahawa masalah Palestin tidak pernah dan tidak akan pernah dapat diselesaikan jika usaha-usaha hanya ditumpukan kepada menghulurkan bantuan kewangan atau material kepada mangsa (rakyat Palestin) semata-mata, tanpa melihat kepada aspek pemangsa (Yahudi).

Halangan utama dalam menghapuskan pemangsa ialah para penguasa umat Islam itu sendiri, yang bukan sahaja tidak pernah menggerakkan tentera untuk melawan entiti Yahudi, malah sebaliknya mereka menjalin hubungan baik dengan entiti haram tersebut. Pengkhianatan dan kebaculan para penguasa inilah yang menyebabkan masalah Palestin tidak pernah selesai.

HTM juga turut mendesak para mufti dan ulama mengeluarkan fatwa bahawa menjadi kewajipan atas pemerintah dan pasukan tentera untuk melancarkan jihad ke Palestin. Para mufti dan ulama tidak seharusnya mengeluarkan fatwa yang hanya menyenangkan pemerintah sahaja, sedangkan dalam isu tertumpahnya darah umat Islam dan terjajahnya tanah umat Islam Palestin, mereka diam membisu.

Sebaik sahaja selesai seruan yang disampaikan oleh pimpinan Pusat HTM, Ust Muadz Abu Thalhah, peserta demonstrasi berarak ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menyerahkan Memorandum kepada PMX.

Delegasi HTM yang diketuai oleh Jurucakapnya iaitu Ustaz Abdul Hakim Othman telah menyerahkan satu Memorandum Peringatan kepada Perdana Menteri Malaysia, yang diterima oleh Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, En. Muhammad Fikri bin Khalid.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas penyerahan memorandum tersebut, Abdul Hakim menegaskan bahawa melalui memorandum tersebut, HTM mendesak PMX untuk mengisytiharkan jihad dan menggerakkan tentera dengan kadar segera ke Palestin dalam rangka menyelamatkan warga Palestin yang sedang diperangi dan sekali gus menghapuskan entiti haram Yahudi. Hanya dengan jihad fi sabilillah sahajalah Tanah Palestin Yang Diberkati akan dapat dibebaskan, tegas beliau.

Perhimpunan bersurai setelah selesai sidang media dan bacaan doa oleh Ust Umar Hussein memohon kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada umat Islam.


الفئات:
» الولايات والمناطق
» الولايات والمناطق » ماليزيا

قنوات:
الولايات والمناطق

العلامات: htm | seru | pmx | dan | lainlain | penguasa | gerakkan | tentera | ke | palestin |